Dari segi bahasa, riba boleh
ditakrifkan sebagai tambahan ataupun di dalam bahasa arab ziyadah.
Dari sudut istilah, terdapat berbagai-bagai takrif yang telah dikeluarkan
ulama. Walaupun terdapat sedikit perbezaan, secara dasarnya adalah sama.
Menurut Ibnu al-Arabiy, Riba didefinisikan sebagai semua tambahan yang tidak
disertai dengan adanya pertukaran kompensasi. Imam Suyuthi pula dalam Tafsir
Jalalain menyatakan Riba adalah tambahan yang dikenakan di dalam muamalah,
wang, makanan, baik dalam bentuk kadar mahupun waktu.
Daripada dua takrifan yang
dibuat oleh ulama disini, bolehlah kita fahami bahawa riba ini merupakan satu
bentuk eksploitasi di dalam transaksi di mana satu pihak itu telah dizalimi
kerana dikenakan tambahan di dalam transaksi tersebut tanpa mendapat apa-apa
balasan atau kompensasi. Oleh itu kefahaman kita mengenai hutang yang perlu
dibayar lebih dari pokoknya adalah bertepatan dengan definisi ini. Ini adalah
kerana, apabila seseorang itu meminjam, mengapa dia perlu membayar lebih
daripada apa yang dipinjam? Lebihan itu merupakan eksploitasi yang dikenakan
oleh orang yang memberikan pinjaman ke atas orang yang berhutang. Selain itu,
terdapat lagi bentuk riba yang lain. Mari kita lihat bahagian-bahagian riba
yang dipecahkan oleh ulama.
Secara umumnya, Riba boleh
dibahagikan kepada 2 jenis; Riba al-Fadhl dan Riba
an-Nasii`ah. Walaubagaimanapun, terdapat juga cendiakawan yang
membahagikan riba kepada 4 jenis iaitu; Riba al-Fadhl, Riba
an-Nasii`ah, Riba al-Qardh, dan Riba al-Yad.
Ø Secara umum riba di bagi menjadi 4:
1.
Riba an-Nasii`ah
Riba
Nasii`ah adalah tambahan yang diambil karena penundaan pembayaran hutang di
mana hutang itu sepatutnya dibayarkan pada tempoh yang tertentu, akan tetapi
dilewatkan pembayaran hutang kepada tempoh yang baru. Misalnya, Adli berhutang dengan Ismail sebanyak RM 100 dan
berjanji akan membayar hutang RM 100 itu dalam tempoh sebulan akan datang. Akan
tetapi, apabila genap tempoh sebulan itu, Adli tidak mampu membayar hutangnya
dan meminta untuk dilewatkan sedikit waktu membayar hutangnya. Oleh kerana
penangguhan itu, Ismail meminta Adli membayar RM 120 kepadanya. RM 20 ini
merupakan tambahan akibat kelewatan pembayaran hutang tersebut dan dikenali
sebagi Riba an-Nasii`ah.
2.
Riba al-Qardh.
Riba
al-Qardh adalah meminjamkan wang kepada seseorang dengan syarat ada kelebihan
atau keuntungan yang harus diberikan oleh peminjam kepada pemberi pinjaman. Maksudnya, jika Ahmad meminjamkan Ali RM 2000, dia meminta Ali
membayar semula RM 2300. Riba an-Nasii`ah dan Riba al-Qardh secara dasarnya
sama, akan tetapi perbezaannya ialah Riba an-Nasii`ah berlaku apabila si
penghutang lambat membayar hutang, manakala Riba al-Qardh berlaku sama ada si
penghutang lambat membayar hutang mahupun membayar hutang pada waktunya.
Di antara
hadis yang melarang pengambilan Riba al-Qardh ialah;
Imam Bukhari
dalam “Kitab Tarikh”nya, meriwayatkan sebuah Hadis dari Anas r.a bahwa
Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Bila ada yang memberikan pinjaman (wang
mahupun barang), maka janganlah ia menerima hadiah (dari yang meminjamkannya)”.[HR.
Imam Bukhari]
Hadis di atas
menunjukkan bahwa peminjam tidak boleh memberikan hadiah kepada pemberi
pinjaman dalam bentuk apapun, lebih-lebih lagi jika si peminjam menetapkan
adanya tambahan atas pinjamannya.
3. Riba al-Fadhl
Riba
al-fadhl adalah riba yang diambil dari kelebihan pertukaran barang yang sejenis
yaitu seperti apa yang disebutkan dalam hadis; emas, perak, gandum, barley,
tamar, dan garam. Dalilnya dari hadis yang
diriwiyatkan oleh imam Muslim;
Maksudnya:
“Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan
berli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, sejenis dengan sejenis, setara
dengan setara, dan dan secara spontan. Apabila jenisnya berbeza, juallah sesuka
hatimu jika dilakukan dengan spontan”.HR Muslim dari Ubadah bin Shamit r.a
Menurut hadis
di atas, apabila melakukan transaksi dalam komoditi-komoditi di atas, hendaklah
kita melakukannya tanpa ada tambahan dari mana-mana belah pihak, bererti sama
timbangan dan kadarnya serta pertukaran tersebut dilakukan on the spot
sekiranya dua barang yang ditukarkan itu sama jenisnya. Sekiranya berlainan
jenisnya akan tetapi masih dalam kategori di atas, hendaklah pertukaran
dilakukan secara on the spot sahaja tanpa perlu mengikut syarat-syarat
persamaan dari kadarnya.
4. Riba al-Yadd
Riba
al-Yadd ialah riba yang berlaku akibat penangguhan dalam pertukaran
barang-barang. Contoh bagaimana riba ini berlaku ialah apabila Yusof menjual
kereta kepada Syahmi. Mereka telah berakad bahawa Yusof menjualnya dengan harga
RM 30 ribu. Mereka berdua berpisah dari majlis akad dan Syahmi telah
menangguhkan pembayaran. Apabila Syahmi ingin membayar hutang pembelian kereta
tersebut kepada Yusof, Yusof telah minta RM 32 ribu daripadanya, lebih daripada
apa yang telah dipersetujui dalam akad.
Sudah Jelas bahawa Riba ini,
tidak kira mana-mana jenis riba pun telah diharamkan oleh Allah s.w.t.
Ini boleh dibuktikan melalui firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah ayat
275;
Maksudnya: Dan Allah telah
menghalakan jual beli dan mengharamkan riba(275)
Allah s.w.t juga telah berfirman
di dalam surah al-Baqrah ayat 276 dan 278;
Makusdnya: Allah memusnahkan
riba dan menyuburkan sedekah, dan Allah tida menyukai setiap orang yang tetap
dalam kekafiran dan selalu berbuat dosa.(276)
Maksudnya: Wahai orang-orang
yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum
diambil) jika kamu orang-orang yang beriman.(278)
Allah s.w.t juga telah
mengisytiharkan perang terhadap orang yang mengamalkan riba di muka bumi ini
melalui firmannya di dalam surah al-Baqarah ayat 279;
ika kamu
tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), Maka Ketahuilah, bahwa Allah dan
Rasul-Nya akan memerangimu. dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba),
Maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula)
dianiaya.(279)
Hendaklah kita jelas bahawa pengharaman
riba ini bukan sahaja terhadap orang yang mengambil riba sahaja, bahkan orang
yang memberi riba juga dihukumkan berdosa. Ini adalah kerana, mengikut
salah satu kaedah umum fiqh iaitu ‘Apa yang haram diterima haram juga
untuk diberi’.
Aktiviti Riba masa kini cukup
berleluasa dalam masyarakat moden. Ini adalah kerana sistem kewangan
konvensional yang bertapak kukuh di dunia pada hari ini adalah berdasarkan
sistem riba. Di Malaysia, keterlibatan secara langsung di dalam aktiviti riba
seperti membuat pinjaman dengan bank konvensional, menyertai aktiviti pelaburan
yang beunsurkan riba seperti Swish Cash dan banyak lagi haruslah dielakkan dan
dijauhkan sama sekali. InsyaAllah di masa akan datang kita boleh berkongsi lagi
mengenai bentuk-bentuk riba moden yang terdapat di Malaysia.
a. Dampak Ekonomi.
Di antara dampak ekonomi riba
adalah dampak inflatoir yang diakibatkan oleh bunga sebagai biaya uang. Hal
tersebut disebabkan karena salah satu elemen dan penentuan harga adalah suku bunga.
Semakin tinggi suku bunga, semakin tinggi juga harga yang akan ditetapkan pada
suatu barang.
Dampak lainnya adalah bahwa hutang, dengan rendahnya tingkat penerimaan peminjam dan tingginya biaya bunga, akan menjadikan peminjam tidak pernah keluar dari ketergantungan, terlebih lagi bila bunga atas hutang tersebut dibungakan. Contoh paling nyata adalah hutang negara-negara berkembang kepada negara-negara maju. Meskipun disebut pinjaman lunak, artinya dengan suku bunga rendah, pada akhirnya negara-negara penghutang harus berhutang lagi untuk membayar bunga dan pokoknya. Sehingga, terjadilah hutang yang terus-menerus. Ini yang menjelaskan proses terjadinya kemiskinan struktural yang menimpa lebih dari separuh masyarakat dunia.
b. Sosial Kemasyarakatan.
Riba merupakan pendapatan yang
didapat secara tidak adil. Para pengambil riba menggunakan uangnya untuk
memerintahkan orang lain agar berusaha dan mengembalikan misalnya, dua puluh
lima persen lebih tinggi dari jumlah yang dipinjam-kannya. Persoalannya, siapa yang
bisa menjamin bahwa usaha yang dijalankan oleh orang itu nantinya mendapatkan
keuntungan lebih dari dua puluh lima persen? Semua orang, apalagi yang
beragama, tahu bahwa siapapun tidak bisa memastikan apa yang terjadi besok atau
lusa. Dan siapapun tahu bahwa berusaha memiliki dua kemungkinan, berhasil atau
gagal. Dengan menetapkan riba, berarti orang sudah memastikan bahwa usaha yang
yang dikelola pasti untung.
c Bunga dan Egoisme Moral-Spiritual.
c Bunga dan Egoisme Moral-Spiritual.
MaulanaM aududi dalam bukunya
Riba menjelaskan bahwa institusi bunga merupakan sumber bahaya dan kejahatan
melalui pengaruhnya terhadap karakter manusia. Di antaranya, bunga menimbulkan
perasaan cinta terhadap uang dan hasrat untuk mengumpulkan harta bagi
kepentingannya sendiri, tanpa mengindahkan peraturan dan peringatan
Allah.Bunga, disebut Maududi, menumbuhkan sikap egois, bakhil, berwawasan
sempit, serta berhati batu. Seorang yang membungakan uangnya kan cenderung
bersikap tidak mengenal belas kasihan. zhalabe.blogspot.com
0 komentar:
Posting Komentar
SiLahkan tinggaLkan komentar sebagai jejak bahwa Anda pernah berkunjung di zhaLabe.bLogspot.com.
Terima kasih !!!